Permohonan ini
12. Saya menegaskan bahawa permohonan ini dibuat kerana pendakwaan terhadap saya dalam Kes Terkini adalah satu pendakwaan berniat jahat (mala fide) dan merupakan penyalahgunaan proses Mahkamah. Terdapat beberapa alasan-alasan utama untuk menyokong permohonan ini yang mana akan dikategorikan seperti berikut:-
A. Pertuduhan terhadap saya adalah suatu konspirasi politik;
B. Pencabulan hak-hak saya dibawah perlembagaan;
C. Pendakwaan niat jahat (mala fide) diteruskan walaupun keterangan-keterangan pakar jelas menafikan kejadian liwat; dan
D. Kegagalan meneruskan pendakwaan terhadap Saiful di mahkamah syariah.
Alasan-alasan ini akan dihuraikan satu-persatu. Kesemua alasan-alasan ini akan menunjukkan bahawa pendakwaan terhadap saya adalah merupakan satu konspirasi jahat yang bertujuan untuk mencemarkan nama baik saya dan untuk menghukumkan serta memenjarakan saya dengan apa cara sekali pun. Muslihat-muslihat ini ternyata bertujuan menghalang saya dari menyempurnakan tanggungjawab saya mendedahkan rasuah dan salah laku pucuk pimpinan UMNO-BN. Sekali lagi, saya berkeyakinan bahawa tujuan konspirasi tersebut adalah untuk menghalang saya dari mencabar dan menjejaskan kedudukan pemimpin UMNO-BN. Ini dilakukan kerana mereka takut dan gusar untuk berhadapan dengan rakyat dalam pilihanraya. Lantaran itu, pendekatan yang dipilih adalah dengan menyalahgunakan proses Mahkamah dengan mengenukakan pertuduhan dan pendakwaan jahat (mala fide) terhadap saya.[more]
No comments:
Post a Comment