e- papers

We Have moved . . . .

Go to   >    >  >> new Site     

Search This Blog

Thursday, October 15, 2009

Zambry hina mahkamah

Pengerusi DAP Perak menyifatkan tindakan Zambry yang mengakui bahawa beliau sebagai Menteri Besar adalah satu tindakan yang menghina mahkamah.

Menurut Ngeh Koo Ham, Zambry tidak boleh mengakui beliau sebagai Menteri Besar selagi Mahkamah Rayuan tidak membuat sebarang keputusan mengenai status penjawat Menteri Besar.

Pada 12 Mei lalu, Zambry telah berjaya mendapatkan kebenarakan dari Hakim Mahkamah Rayuan, Ramly Mohd Ali untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dibuat sehari sebelum itu yang mengisytiharkan Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Beliau telah kembali ke Pejabat Menteri Besar untuk melaporkan diri setelah Nizar membuat keputusan untuk menghormati keputusan mahkamah dan meninggalkan perkarangan bangunan pentadbiran negeri Perak.

Mengulas tperkara berkenaan, tindakan Zambry melaporkan diri untuk bertugas semula di pejabat beliau di Bangunan Perak Darul Ridzuan memberi gambaran palsu kepada rakyat seolah-olah beliau telah memenangi kes rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

“Mereka tidak boleh melakukan (perkara) ini kerana perintah pembekutuan yang diperolehi Zambry bukan bermakna keputusan Mahkamah Tinggi dibatalkan,” kata Ngeh kepada Media.

Kata Ngeh, perintah yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan hanyalah hanya meminta Nizar tidak menggunakan haknya sebagai mana yang telah diputuskan Mahkamah Tinggi sehingga kes beliau didengar di mahlamah yang lebih tinggi.

“Jadi statusnya sekarang, Nizar masih Menteri Besar yang sah dan Dr Zambry yang haram tetapi tidak seorang daripada mereka dibenarkan melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar,” katanya lagi.

Ngeh juga menimbulkan persolan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan tersebut kerana Seksyen 54 Akta Relief Khas melarang mahkamah memberi injunksi sekiranya ia menjejaskan tanggungjawab sesebuah kerajaan kepada rakyat.

Seksyen 54(d) menyatakan: “Injunksi tidak boleh diberi untuk menjejaskan tanggungjawab mana-mana jabatan Kerajaan Malaysia atau tindakan sebuah kerajaan asing.”

“Maka perintah pembekuan itu boleh ditafsirkan sebagai satu bentuk injunksi,” hujah Ngeh yang dilaporkan media.

Ngeh berkata oleh kerana Zambry tidak boleh menjalankan tugas Menteri Besar beliau juga tidak mempunyai hak untuk membatalkan keputusan penggantungan Setiusaha Kerajaan Negeri, Dr Abdul Rahman Hashim dan Penasihat Undang-Undang, Ahmad Kamal Md Shahid.

Ngeh juga menyanggah kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang mengatakan kedua-dua penjawat awam tersebut tidak boleh digantung tugas.

“Kedua-dua mereka adalah pegawai persekutuan yang masing-masing dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Kehakiman dan Perkhidmatan Perundangan.

“Walau bagaimanapun apabila mereka dipinjamkan and digajikan oleh kerajaan negeri maka kerajaan negeri mempunyai kuasa ke atas mereka sebagai majikan.

“Oleh yang demikian mereka boleh digantung tugas sementara menunggu pertuduhan rasmi terhadap mereka diserahkan kepada kedua-dua suruhanjaya,” jelas Ngeh lagi.

No comments:

Post a Comment