Feb 10, 09 10:28am | Malaysiakini
- Mahkamah Majistret Ipoh mengeluarkan waran tangkap terhadap Adun Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu kerana tidak hadir kes rasuah projek pembangunan bernilai RM180 juta.
Bekas Adun PKR itu, yang kini wakil rakyat bebas, sedang menghadapi perbicaraan kes rasuah bersama seorang lagi rakannya Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) - yang juga tidak hadir.
Jamaluddin menyerahkan sijil sakitnya kepada mahkamah, tetapi Mohd Osman tidak berbuat demikian.
Waran tangkap juga dikeluarkan terhadap ahli perniagaan Usaili Alias, seorang ahli jawatankuasa perhubungan PKR Perak, atas alasan yang sama.
Waran ini bagaimanapun dibatalkan selepas Usaili muncul di mahkamah itu - setelah kes dipindahkan kerana tiada hakim di mahkamah sesyen - sejam kemudian.
Mohd Osman, Jamaluddin, Usaili dan dua orang lagi - juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) Ruslan Sahat dan bekas anggota Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan - menghadapi 16 pertuduhan menerima dan meminta rasuah berkaitan projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat Ipoh.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan di Restoran Kluang Station Cafe di Medan Istana, Ipoh dan di Aquarias Restaurant & Bar, Tingkat 4, Summit Hotel, Bukit Mertajam, Pulau Pinang antara 14 hingga 19 Ogos tahun lepas.
Zul juga didakwa menerima rasuah seorang perempuan bagi tujuan mengadakan hubungan seks pada 8.10 malam 14 Ogos lepas di Sri Sayang Apartment di Pulau Pinang.
PKR mendakwa pertuduhan rasuah terhadap Mohd Osman dan Jamaluddin akan digugurkan sekiranya mereka melompat kepada BN.
"Kami percaya kehilangan mereka ada hubungan rapat dengan pertuduhan kes rasuah yang sedang mereka hadapi dan perbicaraan kes tersebut akan bermula pada 10 Februari," kata pengerusi perhubungan PKR Perak, Osman Abdul Rahman hujung bulan lepas, beberapa hari sebelum kedua-duanya meninggalkan PKR.
"Kami percaya ada usaha-usaha oleh BN untuk memujuk kedua-dua exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Najib, termasuk menggugurkan kes rasuah mereka."
Mahkamah menangguhkan perbicaraan ke 15 dan 16 Feb.

No comments:
Post a Comment