MIC telah melantik Vell Paari - anak presiden parti itu, Datuk Seri S Samy Vellu - mengetuai sebuah jawatankuasa baru yang dipertanggungjawabkan untuk memulihkan kepercayaan masyarakat India serta membawa balik ahli dan pemimpin parti itu yang telah digantung atau dipecat, bagi menguatkan parti tersebut.
Bagaimanapun, pelantikan Paari tidak disenangi sebilangan pemimpin MIC peringkat negeri dan ahli-ahli parti di peringkat akar umbi.
Beliau dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa perpaduan dan muhibbah itu oleh mesyuaratnya jawatankuasa pusat MIC pada 19 Februari lalu.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan sendiri oleh Samy Vellu.
Beberapa pemimpin di peringkat negeri bimbang pelantikan itu dilihat sebagai satu amalan pilih kasih dan tidak baik untuk imej parti, yang sedang berusaha untuk dijenamakan semula selepas kalah teruk dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Pemimpin berkenaan - sebahagian besarnya dari Kedah dan Perak - juga bimbang pelantikan itu akan memberi kesan negatif terhadap pilihanraya kecil di kedua-dua negeri tersebut.
Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau di Kedah akan diadakan serentak pada 7 April depan.
"Pelantikan itu akan menguatkan lagi tanggapan bahawa parti itu masih mengamalkan politik lama (dengan melantik mereka yang) mempunyai hubungan kekeluargaan dan hubungan peribadi," kata seorang pemimpin peringkat cawangan yang tidak mahu namanya disebut.

No comments:
Post a Comment