e- papers

We Have moved . . . .

Go to   >    >  >> new Site     

Search This Blog

Tuesday, February 10, 2009

Harakah, akhbar PKR kena rampas

Abdul Rahim Sabri | Feb 10, 09 1:06pm - kemaskini 2:21pm | Malaysiakini

Akhbar dwimingguan PAS Harakah yang memuatkan edisi terkini pergolakan politik di Perak dirampas di beberapa tempat, termasuk di negeri itu dan Selangor.

djz convention 101205 ahmad lutfiKetua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman memberitahu Malaysiakini hari ini, jumlah rampasan dan pihak yang merampasnya belum dapat ditentukan.

Tambahnya, pihak berkuasa telah memberikan "tekanan" kepada pihak akhbar tersebut sebelum edisi semalam - yang diedarkan mulai hujung minggu lepas - dicetak.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan dengan perinci bentuk tekanan tersebut, dipercayai mengenai tajuk utama dan kandungan laporan akhbar tersebut mengenai rampasan kuasa BN terhadap kerajaan pimpinan menteri besar PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mulai minggu lepas.

Ahmad Lufti berkata, Harakah sedang menghubungi pengedar-pengedarnya di negeri-negeri lain untuk memastikan sama ada mereka juga mengalami masalah seumpama itu.

Katanya lagi, beliau tidak menyangka rampasan itu berlaku kerana tiada notis diberikan dan ia berlaku secara "tiba-tiba".

Pada Jun tahun lalu, kerajaan meluluskan permohonan tabloid rasmi PAS itu untuk diterbitkan dua kali seminggu.

Sebelum ini, Harakah diterbitkan dua kali sebulan, sejak tahun 2000.

Sementara akhbar PKR Suara Keadilan juga mengalami rampasan sejak pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pertengahan bulan lepas, di Johor dan Melaka.

Menurut ketua penerangan PKR Tian Chua, rampasan itu kemungkinan berhubung laporan janji-janji politik yang didakwa gagal ditunaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

No comments:

Post a Comment