e- papers

We Have moved . . . .

Go to   >    >  >> new Site     

Search This Blog

Sunday, April 12, 2009

Perbicaraan kes Pasti ditangguh lagi

Sun | Apr 12, 2009 | Zaili Muhammad

MELAKA, 12 April - Tindakan Mahkamah ke atas Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Melaka oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) terus berlarutan tanpa kesudahan apabila Mahkamah Persekutuan sekali lagi menangguhkan perbicaraan ke atas Pasti Al Kautsar, Ayer Keroh, di sini, baru-baru ini.

Panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ariffin Zakaria menetapkan tarikh perbicaraan berikutnya pada 29 September 2009 setelah bersetuju bahawa kes ini perlu dihakimi oleh 5 orang hakim.

Menurut Peguambela Pasti, Muhamad Burok, timbul persoalan di sini sama ada mahkamah majistret boleh menghakimi kes berkaitan agama Islam atau tidak adalah wajib dijawab oleh mahkamah yang bersidang dengan panel penuh.

"Kita telah berhujah di Mahkamah Tinggi Melaka bahawa berkemungkinan hakim bukan Islam akan membicarakan dan memutuskan kes ini sekiranya kes syariah didengar oleh mahkamah sivil.

"Isu yang timbul adalah sama ada majistret mempunyai bidang kuasa membicarakan kesalahan jenayah syariah dan sama ada kebenaran untuk mendakwa yang dikeluarkan oleh pendakwaraya yang membenarkan pendakwaan berkaitan kesalahan jenayah syariah di mahkamah sivil itu sah," kata beliau.

Ariffin Zakaria juga menyifatkan bahawa hasil daripada keputusan perbicaraan ini akan mendatangkan implikasi yang besar dan mendalam kepada perundangan negara kerana ia melibatkan perundangan syariah dan sivil seluruh Malaysia.

Mohd Nor selaku defendant telah dituduh menyelenggarakan Pasti Al-Kautsar tanpa mendaftarkannya kepada JAIM pada tahun 2005 dan telah didakwa di bawah Enakmen 51 Pengawalan Sekolah sekolah Agama Islam Melaka (2002).

Sekiranya didapati bersalah beliau boleh dihukum di bawah Seksyen 53 iaitu didenda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah Tinggi Melaka sebelum ini, menangguhkan kes ini ke Mahkamah Persekutuan dan kes ini telah berlanjutan selama beberapa tahun lamanya setelah dibicarakan beberapa kali di peringkat Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Antara yang hadir pada perbicaraan tersebut ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Puat bin Bedol dan Ahli Jawaatankuasanya serta wakil dari PAS Kawasan Bukit Katil.

No comments:

Post a Comment