KUALA LUMPUR, 6 April. 2009 | SuaraKeADILan : Anna Yusof
Suruhanjaya Piliharaya (SPR) bertindak mengatur susunan calon atas kertas undi untuk memberi kelebihan kepada Barisan Nasional. Nombor calon pada kerta undi juga digugurkan atas tujuan sama.
Hanya tinggal beberapa jam lagi pilihanraya kecil di ketiga-tiga Dun Bikit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai, pihak SPR telah mencuba pelbagai cara untuk memberi kemengan kepada BN.
Salah satu diskriminasi jelas kepada Pakatan Rakyat ialah dengan memanipulasikan nombor pada kerta undi.
Di Bukit Selambau, Parti Keadilan rakyat dimaklumkan SPR bertindak mengatur susunan calon atas kertas undi untuk memberi kelebihan kepada BN dengan pusingan nombor lapan.
Kalau di hitung dari sudut manapun nama calon BN S Moganakumar akan timbul, sedangkan pada pengundi calon Pakatan Rakyat di ajar memangkah nombor empat, padahal jika dikira dari kiri kanan nama S Manikumar beradi di nombor dua.
Menurut Ketua Angkata Muda KeADILan Syamsul Iskandar Mohd Akin, beliau telah memberi arahan kepada pasukan Gerak Kerja beliau supaya memberi penerangan yang amat jelas supaya pegundi tida terkeliru dengan kiraan angka tersebut.
“Ini amat mengelirukan kepada pengundi,” jelas Syamsul kepada Suara Keadilan
Kertas undi sebegini jelas tidak mengikut beberapa prinsip asas untuk memastikan keadilan bagi semua calon terbabit.
Bagi Pakata Rakyat, tindakan nekad SPR meminda kertas undi adalah bukti badan itu di peralatkan untuk memastikan kemenangan bagi BN esok.
Ketua Umum Anwar Ibrahim menyelar tindakan SPR yang condong kepada BN dengan berkata,
“SPR ini kerja tak professional, kerja main-main, memihak kepada suatu pihaknya,” kata Anwar. “Jadi sepatutnya dia faham kepada perlembagaan dan sumpah jawatannya. Ini Suruhanjaya Diraja,” jelas beliau
Naib Presiden KeADILan Azmin Ali berkata tindakan meminda kertaa undi itu “menyalahi undang-undang dan menimbulkan kecurigaan.”
“Ini muslihat yang cuba dilakukan SPR untuk memudahkan pengundi memilih BN,” tambah Azmin.
Undang-undang pilihanraya turut diperlekehkan oleh SPR untuk kerusi Dun Batang Ai, Sarawak.
Peti undi di 14 saluran mengundi di kawasan itu tidak akan di kira dan di perakukan oleh wakil parti-parti bertanding di pusat pengiraan setempat dan mengisi borang 14 seperti lazimnya.
Sebaliknya, kertas undi akan diterbangkan dengan helicopter terus ke pusat perjumlahan undi.
Ini menimbulkan persoalan mengenai ketelusan proses pengiraan undi pada pilihanraya kecil Batang Ai.
“Langkah SPR macam ini jelas membelakangkan undang-undang dan kami menimbang untuk mengambil tindakan mahkamah untuk membetulkan keadaan,” kata Azmin.
Setakat ini SPR belum memberi sebarang penjelasan terhadap kebimbangan yang disuarakan oleh KeADILan.
Langkah terbaru SPR meyerlahkan kebimbangan bahawa BN Sarawak di bawah pimpinan Taib Mahmud akan melakukan apa yang perlu untuk memastikan kemenangan esok.
Ini dipercayai kali pertama SPR bertindak menafikah wakil parti daripada memantau keseluruhan proses pengiraan dan penjumlahan undi.
No comments:
Post a Comment