e- papers

We Have moved . . . .

Go to   >    >  >> new Site     

Search This Blog

Tuesday, April 14, 2009

DUN Terengganu Tidak Pernah Luluskan Enakmen Jenayah Syariah ?

Written by Wartawan Buletin | Monday, 14 April 2009

Kuala Terengganu – Kerajaan Negeri Terengganu dalam jawapan bertulis kepada soalan-soalan lisan yang tidak sempat dijawab pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Disember lalu telah menyatakan ‘Dewan ini tidak pernah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah (Hudu dan Qisas)’.

Kertas jawapan bertulis itu diedarkan kepada ahli-ahli Yang Berhormat DUN Terengganu untuk Mesyuarat Yang Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedua Belas (Sidang DUN) yang bermula hari ini dan berakhir 15 April, Rabu.

Sehubungan itu, Ketua Whip PAS dalam DUN Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib berkata beliau akan meminta penjelasan kerajaan berkaitan jawapan berkenaan.

“Kita (PAS) akan meminta penjelasan kerajaan, samada jawapan yang tidak benar itu ditulis secara sengaja atau tidak,

“ataupun ia merupakan kesalahan teknikal sehingga memberikan jawapan yang bertentangan dengan apa yang telah diputuskan oleh DUN Terengganu,”katanya yang ditemui di Pejabat Perhubungan PAS hari ini.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Pelaksanaan Syariah dan Pendidikan Kerajaan Negeri Terengganu berkata DUN Terengganu telah meluluskan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu) 1424H/2002M pada 8 Julai 2002.

Katanya jawapan yang diberikan kerajaan negeri itu tidak menjawab soalan asal yang dikemukakan beliau.

“Saya bertanya, bilakah Kerajaan Negeri Terengganu bercadang melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas),

“kerajaan jawab, ‘soalan ini tidak berbangkit kerana Dewan ini tidak pernah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas),”ujarnya.

Sekiranya jawapan tersebut disengajakan, katanya, kerajaan cuba menyembunyikan fakta dimana Enakmen tersebut bukan sahaja telah diluluskan malah telah mendapat perkenan Tuanku pada 2 September, 2002.

“Enakmen tersebut juga telah disiarkan dalam Warta (diwartakan) pada 25 September, 2003, sebagaimana yang tercatat dalam portal e-syariah,”katanya.

No comments:

Post a Comment