e- papers

We Have moved . . . .

Go to   >    >  >> new Site     

Search This Blog

Monday, February 9, 2009

Najib akan mengetuai dua pilihanraya kecil bagi BN?

Ahli Parlimen Bukit Gantang Meninggal Dunia.

KUALA LUMPUR, 9 FEBRUARI - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharum meninggal dunia akibat serangan jantung pagi ini ketika sedang menunggang basikal.

Media turut melaporkan pimpinan Pas, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung

Pas Kamaruddin Jaafar mengesahkan bahawa Roslan meninggal pagi ini.

Sebelum menjadi Ahli Parlimen,Allahyarham pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Pertanian Malaysia, Universiti Terbuka Malaysia dan Institut Teknologi Mara Perak.

Allayaham mempunyai Sarjana dari bidang Sains Pembangunan Sumber Manusia,Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengkususan Sains politik dan Psikologi UKM serta mempunyai Diploma Pengajian Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Safiah Harun dan 11 orang anak.

Bertanding atas tiket Pas pada pilihanraya ke 12, Allahyarham memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,566 undi. - suarakeAdilanonline

No comments:

Post a Comment