Terkini Jam 2.40 petang, Adun DAP Jelapang Hee Yit Foong yang juga Timbalan Speaker Perak telah mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Setiuasaha politik Menteri Besar Perak Misbahul Munir sebentar tadi.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Setiuasaha politik Menteri Besar Perak Misbahul Munir sebentar tadi.
Dan kini semua sedang menanti keputusan yang bakal diumumkan oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin sama ada akan membubarkan Dun Perak atau tidak.
Namun, di Perak mula dipenuhi dengan para wartawan dan pimpinan Pakatan Rakyat.
Sebentar tadi, MB Perak sedang berusaha menghadap Sultan Azlan Shah untuk memaklumkan keputusan terkini selepas tiga wakil rakyat kerajaan negeri itu berpaling tadah.
Bagaimanapun tiada butiran lengkap tentang status pertemuan dengan baginda.
Difahamkan Mohd Nizar sedang menunggu untuk dipanggil menghadap Sultan Perak.
Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak kini tinggal 29 daripada 59 kerusi di DUN.
Tiga bekas Adun kerajaan campuran itu kini menjadi wakil rakyat bebas dan dipercayai akan menyokong BN, membolehkan parti itu merampas tampuk kerajaan dengan majoriti tipis satu kerusi. -
No comments:
Post a Comment