Harakahdaily | Wed | Feb 04, 09 | 2:42:01 pm MYT
Semua sedang menanti keputusan yang bakal diumumkan oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin sama ada akan membubarkan Dun Perak atau tidak.
Namun, di Perak mula dipenuhi dengan para wartawan dan pimpinan Pakatan Rakyat.
Sebentar tadi, MB Perak sedang berusaha menghadap Sultan Azlan Shah untuk memaklumkan keputusan terkini selepas tiga wakil rakyat kerajaan negeri itu berpaling tadah.
Bagaimanapun tiada butiran lengkap tentang status pertemuan dengan baginda.
Difahamkan Mohd Nizar sedang menunggu untuk dipanggil menghadap Sultan Perak.
Sementara itu, dalam beberapa laporan di media online, difahamkan tiga Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) Pakatan Rakyat, termasuk Timbalan Speaker Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) telah menulis surat, memaklumkan meninggalkan gabungan tersebut pagi tadi.
Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak kini tinggal 29 daripada 59 kerusi di DUN.
Tiga bekas Adun kerajaan campuran itu kini menjadi wakil rakyat bebas dan dipercayai akan menyokong BN, membolehkan parti itu merampas tampuk kerajaan dengan majoriti tipis satu kerusi.

No comments:
Post a Comment