e- papers

We Have moved . . . .

Go to   >    >  >> new Site     

Search This Blog

Saturday, April 4, 2009

Jangan tertipu pengumuman Najib: Syed Husin

KUALA LUMPUR, 4 April,2009 suaraKeADILan : Anna Yusof

Timbalan presiden KeADILan Syed Husin Ali mengesa rakyat jangan tertipu dengan pengumunan Perdana Menteri baru Najib Razak yang membebaskan dua pemimpin Hindraf dari Kem Tahanan ISA dan sepuluh lagi tahanan Gerak Islam (GI).

“Seharusnya dilanjutkan juga kepada kesemua tahanan dan sekaligus menutup kem yang tak memberi sebarang manafaat kepada negara ini,” kata beliau kepada Suara keadilan

“Jika Najib mahu menegakkan demokrasi di negara ini, maka seharusnya beliau membebaskan kesemua tahananan dan bukan hanya sebahagian dari tahanan seperi yang di buat oleh presiden Amerika Syarikat Barrak Obama yang menutup terus kem Guantanamo,”
beliau berkata.

Syed husin juga mempersoalkan mengapa hanya 13 tahanan yang dibebaskan, yang sepatutnya semua tahanan ISA harus dibebaskan, beliau berkata, mengapa kerajaan Malaysia harus meneruskan tuduhan ‘terrorist’ terhadap tahanan GI di Sabah yang dibuat oleh kerajaan Amerika semasa pemerintahan Bush.

Menyentuh tentang kenyataan Najib dalam ucapan sulongnya, beliau yang mengumumkan penarikan balik pengantungan permit Suara Keadilan dan harakah, beliau berkata,

“Najib tidak ada pilihan maka beliau harus menarik balik pengantungan ini kerana dunia telah mempersoalkan tentang kebebasan media di negara ini. Dunia sedang mengkritik negara kita dan ini amat memalukan kita,” jelas Syed Husin lagi.

“Namun kita jangan tertipu oleh tindakan beliau, selagi ada undang-undang ISA dan undang-undang percetakan tidak dimangsuhkan terus, selagi itu kemungkinan penangkapan akan berlaku, kemungkinan pengantungan permit akan berlaku di kemudian hari,” tegas beliau.

No comments:

Post a Comment