e- papers

We Have moved . . . .

Go to   >    >  >> new Site     

Search This Blog

Saturday, April 4, 2009

KDN serbu kilang pencetak Suara Keamanan, rampas plet

3 APRIL (SK):

Pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengadakan serbuan ke kilang Percetakan NAJ Press, Shah Alam, petang tadi. Kilang itu diserbu kerana mencetak akhbar

Suara Keamanan milik parti KeADILan dan akhbar Hujah milik PAS.

Menurut kakitangan syarikat itu, enam orang pegawai KDN terlibat dalam serbuan tersebut. Tidak ada naskah kedua-dua akhbar yang dirampas. Walau bagaimanapun mereka merampas plat yang digunakan untuk mencetak Suara Keamanan, akhbar Hujjah dan akhbar suara Keadilan berbahasa Cina, Gong Zheng Bao.

Tindakan dibuat mengikut Akta Mesin Cetak 1984 (pindaan) 1987.

Turut diambil ialah kenyataan bertulis dari pemilik kilang tersebut.Serbuan bermula jam 3 petang dan berakhir jam 4.45.

No comments:

Post a Comment