e- papers

We Have moved . . . .

Go to   >    >  >> new Site     

Search This Blog

Wednesday, May 20, 2009

Anwar cabar kesahihan pemecatan TPM esok

KUALA LUMPUR,20 MEI 2009 (SuaraKeADILan) -

Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim akan mengemukakan rayuan bagi didengar di Mahkamah Persekutuan Putrajaya esok bagi mencabar keputusan berkaitan kesahihan pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

Rayuan berkenaan akan dibuat pada jam 9 pagi di Putrajaya mencabar kesahihan pemecatan tersebut kerana ianya tidak menuruti lunas Perlembagaan.

Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Anwar atas fakta yang diberikan beliau mempunyai kuasa mutlak kerana Perdana Menteri yang membuat lantikan, justeru beliau juga berhak memecat.

Bagaimanapun Anwar memfailkan saman terhadap TMahathir berdasarkan pemecatan itu berlawanan dengan prosedur.

Mahkamah Persekutuan akan bersidang untuk mendengar rayuan Anwar berhubung pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.

No comments:

Post a Comment