e- papers

We Have moved . . . .

Go to   >    >  >> new Site     

Search This Blog

Wednesday, May 6, 2009

HIMPUNAN BANTAH TAHANAN: 14 ditahan termasuk Adun segera dibebaskan

KUALA LUMPUR, 6 MEI [SuaraKeADILan] - Editor Suara Keadilan edisi Mandarin Law Teck Hao diantara lapan yang ditahan di Balai Polis Brickfields kini ketika perhimpunan membantah tangkapan sekumpulan aktivis dalam tempoh 24 Jam.

Selain Law, tujuh yang lain ialah Melissa Wong Yuet Fun,Temme Lee, John Liu, Liau Kok Fah, Liew Thin Choi, Chan Kim Ming dan Lee King Thim adalah yang ditahan.

Himpunan berkenaan sebagai memberi solidariti terhadap penahanan yang telah dilakukan keatas jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat, Naib Presiden Pas Mohamad Sabu serta tiga yang ditahan kerana menyambut ulangtahun kelahiran Warga Mongolia Mendiang Altutuya Shariibuu di Putrajaya pagi tadi.[ lihat Galeri ]

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan ketua polis negara menggesa penyokong pembangkang agar tidak berkumpul beramai-ramai dan memakai baju hitam ketika berlangsungnya persidangan dewan negeri itu.

Portal itu lagi memetik bahawa Musa Hassan menasihatkan supaya tidak melayan saranan Bersih supaya memakai baju hitam dan berhimpun sebagai membantah persidangan itu. “Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan termasuk menahan mereka yang berhimpun atau menghalang ahli dewan bagi menggagalkan persidangan tersebut,” beliau dipetik berkata.

No comments:

Post a Comment