KUALA LUMPUR, 20 MEI (Suara KeADILan) -BEKAS Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo telah digantung dari menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Selangor selama setahun berikutan dengan beberapa pertuduhan keatasnya.
Keputusan berkenaan diambil oleh Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam setelah Khir - yang juga Ketua Pembangkang Selangor didapati tidak menghadiri siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor Mac lalu berhubung perbelanjaan dana agensi kerajaan negeri.
Jawatankuasa berkenaan turut mendapati beliau bersalah terhadap tiga tuduhan membuat kenyataan yang menghina legitimasi Selcat, dalam media dalam dalam blognya.
Menurut laporan media, Dr Mohd Khir digantung selama setahun daripada menghdiri sidang DUN kerana gagal menghadiri siasatan awam tersebut, dan digantung masing-masing enam bulan bagi setiap tuduhan tersebut.
Selain Khir, Adun BN Warno Dogol (Sabak), Isa Abdul Kasim (Batang Kali), Marsum Paing (Dengkil) dan Mohamad Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) selama enam bulan kerana mempersoalkan integriti Selcat.
Menurut Speaker Dun Selangor, Teng Chang Khim elaun dan keistimewaan mereka juga turut digantung sepanjang tempoh hukuman tersebut
Teng turut berkata, hukuman itu merupakan syor yang dibuat jawatankuasa tersebut dan akan dibentang di sidang Dun Julai depan untuk dibahas dan setiap wakil rakyat termasuk Dr Mohd Khir akan diberi peluang membahaskannya.
No comments:
Post a Comment