e- papers

We Have moved . . . .

Go to   >    >  >> new Site     

Search This Blog

Sunday, May 31, 2009

Penanti : Keputusan Rasmi Dr. Mansor Peroleh Majoriti 5,558

7.45 Petang : Calon KeADILan Dr. Mansor Othman menang besar hari ini dengan majoriti 5,558 undi jauh lebih baik dari jangkaan walaupun hanya 46.15 peratus atau 7,100 orang sahaja yang keluar mengundi.

Aminah Abdullah memperolehi sebanyak 392 undi dan hilang wang pertaruhan, Nai Kha Ari mendapat sebanyak 494 undi, hilang wang pertaruhan dan Kamarul Ramizu Idris memperolehi undi sebanyak 56 serta hilang wang pertaruhan.

7.40 Petang : Calon KeADILan Dr. Mansor Othman menang besar hari ini dengan keputusan tidak rasmi majoriti melebihi 5,300 undi jauh lebih baik dari jangkaan walaupun hanya 46.15 peratus atau 7,100 orang sahaja yang keluar mengundi.

Kesemua calon bebas yang bertanding pada kali ini hilang wang deposit mereka apabila gagal mendapat sekurang-kurangnya satu perlapan daripada jumlah undi atau 887 daripada jumlah 7,100 undi.

Pada 7.19 petang calon keADILan Dr. Mansor Othman memperolehi sebanyak 6,266 undi sementara Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Nai Khan Ari 494 dan Kamarul Ramizu Idris 56.

Ketiga-tiga calon bebas itu kehilangan RM5,000 dan kemungkinan hilang RM3,000 lagi sekiranya tidak membersihkan poster dan bahan kempen dalam tempoh 14 hari selepas hari mengundi.

Tanpa Barisan Nasional yang bertanding di persada piliharaya kali ini mencerminkan keadaan suasana yang begitu aman dan tenteram pada setiap 10 tempat mengundi.

Ada atau tiada pondok panas, keadaan amat terkawal walaupun kehadiran polis yang terlalu ramai namun tiada sebarang insiden yang tegang berlaku di semua pusat mengundi.


No comments:

Post a Comment