e- papers

We Have moved . . . .

Go to   >    >  >> new Site     

Search This Blog

Thursday, May 14, 2009

Mahkamah Rayuan membelakangi prosedur perundangan

SuaraKeADILan | 14hb Mei 2009

Keputusan Hakim mahkamah rayuan, Ramly Ali yang membenarkan permohonan Zambry Kadir untuk mengantung perlaksanaan penghakiman Mahkamah Tinggi telah membelakangi prosuder perundangan.

Menurut peguam terkemuka Zulkifli Nordin, barisan peguam Zambry seharusnya memfailkan permohonan rayuan untuk menggantung deklarasi yang mengistiharkan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah itu di Mahkamah Tinggi.

Zulkifli ketika membuat kenyataan berkata, beliau berasa hairan apabila hakim Ramly membicarakan permohonan Zambry tersebut dengan bersidang seorang diri sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.

Jelas Zulkifli mengikut undang-undang dibawah Aturan 14 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa “melainkan dinyatakan sebaliknya, apabila sesuatu permohonan itu boleh dibuat di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan, ianya hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi dahulu”.

“Bermakna permohonan Zambry sepatutnya difail dan didengar oleh Hakim yang membuat keputusan itu dahulu iaitu Aziz. Malahan Hakim Aziz telah pun mengarahkan peguam Zambry supaya memfailkan permohonan secara bertulis,” katanya dalam satu kenyataan kepada Suara Keadilan.

Tambah Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru itu lagi, dalam satu peruntukan dibawah aturan 13 Kaedah Mahkamah Rayuan ada menyebut bahawa “sesuatu rayuan tidak boleh menggantung penguatkuasaan sesuatu

“Ini bermakna dari segi prinsip perundangan, sesuatu penghakiman itu tidak boleh digantung atau ditahan penguatkuasaannya kecuali pihak yang merayu tersebut boleh membuktikan ujud satu keadaan istimewa dimana jika penghakiman itu dilaksanakan akan menyebabkan rayuan mana-mana pihak akan menjadi hampa (jika rayuannya dibenarkan),” katanya lagi.

12 Februari lalu, mahkamah rayuan telah membenarkan permohonan Zambry semalam untuk supaya ditangguhkan pelaksanaan perintah pengisytiharan itu sehingga kes rayuannya selesai diputuskan oleh mahkamah.

Permohonan rayuan Nizar bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi pula akan didengar 16 Mei ini.

Dalam afidavit sokongannya, Nizar berkata keputusan Mahkamah Rayuan semalam untuk memberikan perintah penggantungan itu kepada Zambry adalah salah dan beliau (Nizar) mengemukakan permohonan untuk membetulkan perkara itu.

Nizar berkata Mahkamah Tinggi telah membuat takrif yang betul terhadap Perkara 16 (6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Beliau berkata sekiranya perintah pelaksanaan itu diberikan ia akan merampas haknya serta membuat keputusan Mahkamah Tinggi mengisytiharkannya menteri besar Perak sebagai sia-sia.

Menurutnya perintah yang diperoleh Zambry itu akan mengganggu pelaksanaan secara lancar dan baik pentadbiran kerajaan negeri Perak selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Nizar juga berkata perintah berkenaan akan mengelirukan rakyat negeri itu mengenai siapakah menteri besar yang sah serta menjadikan keadaan politik lebih tegang dan krisis perlembagaan lebih mendalam.

No comments:

Post a Comment