Mengikuti pemimpin berjiwa rakyat bukanlah satu tugas yang mudah. Apatah lagi setiap kunjungannya,disapa dan disantuni oleh rakyat pelbagai bangsa.
Demikian, detik-detik yang yang dilalui oleh calon untuk kerusi Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sejak semalam.
Malam tadi, di Masjid Simpang Taiping, Nizar telah mengimamkan solat Maghrib dan di kalangan jemaahnya adalah Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Muhyiddin Yassin dan Dr Zambry.
Selepas mengimamkan solat, beliau berkesempatan beramah mesra dengan ahli kariah di masjid berkenaan.
Sementara itu, pada pagi tadi dalam siri lawatan dan temu mesra Nizar bersama para pengundi di Bukit Gantang beliau ditemani oleh para blogger tempatan.
Antara blogger tempatan yang mengikuti dan dilihat menyantuninya adalah, Haris Ibrahim, Zorro Ummasked, Del Capo dan Shah Obe.
Menurut mereka, dijangkakan lebih ramai lagi blogger akan turun ke Bukit Gantang bukan sahaja untuk beramah mesra dengan Nizar tetapi juga untuk membantu sama kempennya.
No comments:
Post a Comment