e- papers

We Have moved . . . .

Go to   >    >  >> new Site     

Search This Blog

Saturday, March 28, 2009

Pilihanraya kecil kali ini istimewa: Nizar

SIMPANG, 28 Mac (SK) : Calon Pakatan Rakyat, Mohammad Nizar Jamaluddin menyeru supaya rakyat Bukit Gantang meluahkan perasaan melalui peti undi pada 7 April ini.

“Pilihan raya di Bukit Gantang pada kali ini agak ’special’ berbanding pilihan raya di Permatang Pauh kerana rakyat di Bukit Gantang masih segar dengan rampasan kuasa yang dilakukan oleh Barisan Nasional pada 5 Februari lalu, ianya merupakan satu insiden yang besar sekaligus dapat mengubah landskap Bukit Gantang dan seluruh negeri Perak amnya,” kata beliau.

Tragedi yang memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia ini merupakan satu kebangkitan oleh rakyat Malaysia khususnya rakyat Bukit Gantang yang dahagakan keadilan dimana ianya dapat diterjemahkan melalui peti undi.

Menurut beliau lagi, selama 50 tahun BN memerintah negara ini, mereka telah banyak menyalahgunakan kuasa yang telah diberikan oleh rakyat.

Justeru, beliau menyeru supaya rakyat Bukit Gantang bertungkus lumus untuk membantu Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini dengan cara keluar mengundi pada 7 April nanti sebagai satu tanggungjawab dan amanah besar bagi penduduk Bukit Gantang.

Beliau mengakhiri ucapan beliau dengan merasmikan tapak Ekspo Rakyat di Dataran Nik Aziz, Jalan Kuala Kangsar-Simpang semalam.

Pelbagai jualan terdapat di Expo ini. Orang ramai dijemput datang beramai-ramai bagi membantu usahawan-usahawan kecil ini.

No comments:

Post a Comment