e- papers

We Have moved . . . .

Go to   >    >  >> new Site     

Search This Blog

Tuesday, March 17, 2009

Perhimpunan bantah keputusan lembaga disiplin?

Abdul Rahim Sabri | Mar 17, 2009 | dikemaskini 3.30pm | malaysiakiniBM

Kira-kira 40 anggota polis - separuh daripadanya adalah anggota pencegah rusuhan - kini ditempat di pintu bangunan ibupejabat Umno di ibunegara.

Mereka datang bersama empat trak pacuan empat roda polis dan sebuah van.

Kiira-kira 15 anggota kelihatan berada di luar pintu masuk ke bangunan tersebut, manakala yang lainnya duduk di dalam trak.

Manakala kira-kira 30 orang wartawan dan jurugambar diminta oleh pihak ibupejabat Umno supaya berkumpul di lobi bangunan tersebut.

Kira-kira setengah jam lagi, Lembaga Disiplin Umno akan mengadakan sidang akhbar khas untuk mengumumkan hasil siasatannya terhadap calon-calon pemilihan Umno yang didakwa terbabit dalam politik wang.

Sidang akhbar tersebut menjadi tumpuan pelbagai pihak yang ingin mengetahui kebenaran desas-desus yang mendakwa seorang calon timbalan presiden akan digantung keahliannya selama tiga tahun kerana terbabit dalam politik wang.

ali rustamSidang akhbar itu juga akan menjawab khabar angin sama ada benar Datuk Mohd Ali Rustam - salah seorang daripada tiga calon timbalan presiden - disiasat oleh lembaga disiplin.

Hari ini tersebar pula desas-desus bahawa sekumpulan ahli Umno akan berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kerana tidak puas hati dengan cara dan keputusan Lembaga Disiplin Umno menjalankan siasatan.

Menurut sumber-sumber, mereka dijangka datang dari beberapa negeri dan akan berhimpun di PWTC setengah jam sebelum sidang akhbar tersebut diadakan.

No comments:

Post a Comment