e- papers

We Have moved . . . .

Go to   >    >  >> new Site     

Search This Blog

Wednesday, March 18, 2009

Keputusan muktamar perkukuh Pakatan Rakyat perlu dipertahan - Nik Aziz

KOTA BHARU, 18 Mac (Harakah) - Salmah Mat Husain | Foto Rizal Tahir | Wed |

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu keputusan yang dicapai pada muktamar PAS di Ipoh tahun lepas untuk memperkukuhkan hubungan Pakatan Rakyat perlu dihormati.

Beliau berkata, sekiranya ingin membuat keputusan lain daripada apa yang dipersetujui pada muktamar itu, satu perjumpaan khas perlu diadakan untuk membincangkan perkara tersebut.

"Saya tidak suka meminda keputusan yang telah dipersetujui dalam mesyuarat secara bersama dan kemudian hendak pinda semula di luar.

"Sekiranya sudah pasti untuk melakukan sesuatu perkara selain daripada apa yang diputuskan dalam muktamar tahun lalu, mesyuarat khas mengenainya perlu diadakan," ujarnya ketika ditemui pemberita selepas menerima rombongan pelabur daripada Taiwan di pejabatnya hari ini.

Sebelum ini Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencadangkan diwujudkan kerajaan perpaduan yang melibatkan semua parti seperti berlaku di Indonesia semasa di bawah B J Habibie.Image

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sekiranya semua ahli parti bersetuju dengan cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan beliau akan akur.

"Saya boleh bersetuju dengan cadangan kerajaan perpaduan sekiranya diputuskan ahli parti dalam muktamar akan datang apabila ada usul mengenainya," katanya.

Menurutnya juga pada muktamar tahun lalu telah diputuskan sekiranya mahu berbincang dengan pemimpin Umno atau Barisan Nasional biarlah berkaitan isu lain dan bukannya membentuk kerajaan bersama.

Ditanya mengenai perbezaan pendapatnya dengan Presiden PAS katanya, perbezaan pendapat perkara kedua kerana ia lumrah berlaku di kalangan sesama anggota parti.

"Namun apa yang penting perkara diputus dalam muktamar tahun lalu perlu dijaga.

"Sebab itulah perlu kepada mesyuarat khas membincangkan perkara tersebut bagi menjaga kestabilan parti dan mencerminkan disiplin perjuangan parti yang berlandas Islam," tambahnya.

No comments:

Post a Comment