Gambaran terkini di Bukit Gantang sudah jelas bahawa UMNO semakin " senak". Populariti UMNO sudah kian pudar dan tak mustahil pada pilihanraya umum ke -13 nanti UMNO-BN akan terkubur tanpa batu nesan. Di DUN Kuala Sepetang Bulan sudah kian mengambang. Warna hijau sudah hampir menenggelamkan alam maya. Di Changkat Ibol sudah tidak boleh dipertikaikan lagi. Sudah menjadi kubu PAS dulu kini dan selamanya. Apa lagi yang ada pada UMNO sekarang ini hanya bangkai busuk, nanah dan najis yang ditinggalkan. Pemimpin yang penuh dengan rasuah, kes mahkamah yang belum selesai dari sebabak ke sebabak, budaya kroni yang berleluasa dan fitnah musin pilihanraya yang sentiasa berkumandang di media massa BN.
Semakin lama UMNO bertapak semakin jelas keburukan yang ditonjolkan. Biro Disiplin Umno yang ditubuhkan oleh UMNO nampaknya tidak memberi kesan apa-apa. Hukuman yang dijatuhkan hanya memihak kepada sesetengah "team" sahaja walaupun apa yang diharapkan oleh ahli UMNO adalah pembersihan keseluruhan sehingga ke peringkat orang atasan.
Gundah gelana bagi mereka yang dalam UMNO dihukum tanpa timbang tara yang betul. Senyum lebar bagi team yang buat salah tapi terlepas dan hanya diberi surat amaran. Apa pun itulah undang-undang ciptaan UMNO yang diagungkan oleh sebilangan besar ahli UMNO. Apa dah jadi dengan Tok Ketua Ali Rustam? Penyokongnya yang dah lama menghimpit dan melobi untuk kemenangan akhirnya terpaksa akur dengan keputusan yang dilihat sebagai berat sebelah oleh penyokong Ali Rustam. Apa boleh buat, itulah percaturan politik UMNO. Terlalu ghairah menghentam pemimpin parti lawan akhirnya busuk terpalit ke muka sendiri.
SPRM mungkin masih tidur atau dah terlena didodoi dengan ulit mayang UMNO. Sudah tak dapat membezakan antara rasuah dan politik wang. Bagi rakyat mungkin mereka faham bahawa politik wang dan rasuah adalah nama yang berbeza tetapi perilaku yang sama. Yang menghulur duit itu rasuah. yang menerima duit itu rasuah. Yang menganjurkan majlis atau tujuan melobi juga rasuah. yang membenarkan supaya dianjurkan majlis makan-makan untuk tujuan melobi juga rasuah. semuanya rasuah, tapi bagi UMNO itu bukan rasuah tapi itu adalah politik wang. SPRM pun mungkin kata itu juga politik wang sebab itu lah orang yang didapati bersalah oleh biro disiplin UMNO, belum tentu bersalah mengikut pemahamam SPRM.
Yang ada elemen rasuah bagi SPRM ialah bila S. Sivakumar menggunakan kuasanya mengikut perlembagaan tubuh negeri Perak dengan menjatuhkan hukuman kepada 6 exco BN Perak dan MB BN Zambry. Walaupun Kuasa yang digunakan oleh S. Sivakumar adalah dibenarkan dalam undang-undang tubuh negeri Perak tapi bagi SPRM ianya ada elemen salah guna kuasa. Inilah yang dikatakan bak "isi dan kuku" antara UMNO dan SPRM.[ more ]

No comments:
Post a Comment