Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V Sivakumar hari ini memfailkan saman untuk semakan kehakiman terhadap tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Perak dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Sivakumar memohon writ bersifat 'quo warranto' dikeluarkan kepada tiga Adun berkenaan - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) - memerintahkan kesemua mereka memberikan tunjuk sebab dan maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa atau autoriti mana kesemua mereka kononnya masih Adun kawasan masing-masing dan bertindak menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas Adun.
Beliau juga memohon perintah deklarasi bahawa kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang adalah kosong akibat peletakan jawatan Jamaluddin dan Mohd Osman pada 1 Februari lalu manakala Hee pada 3 Februari, lapor Bernama.
Beliau turut memohon satu perintah injunksi untuk menghalang ketiga-tiga mereka bertindak, menjalankan dan melaksanakan tanggungjawab, fungsi dan tugas-tugas sebagai anggota dewan undangan negeri masing-masing.
Sivakumar yang mewakili dirinya sendiri memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) jam 3.40 petang.
Dalam saman tersebut Sivakumar menamakan Jamaluddin sebagai responden pertama, Mohd Osman sebagai responden kedua dan Hee responden ketiga manakala SPR dinamakan sebagai responden keempat.
Dalam saman itu juga Sivakumar memohon mahkamah mengemukakan perintah certiorari terhadap SPR untuk membatalkan keputusan dan tindakannya yang enggan dan/gagal atau abai melaksanakan pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.
Pilihanraya kecil
Beliau juga memohon mandamus (mengarahkan) terhadap SPR untuk melaksanakan pilihanraya kecil di tiga DUN tersebut.
Sivakumar, yang juga Adun Tronoh turut menuntut gantirugi punitif, keterlaluan dan teladan dan relif lain.
Sementara itu tiga orang pengundi di tiga kawasan DUN yang sama serta tiga exco kerajaan negeri Perak turut memfailkan permohonan yang sama hari ini.
Ahmad Sabri Wahab, Abdul Latip Afiffin dan Foo Hong Wai (kesemuanya pengundi) dan tiga Exco A. Sivanesan (Sungkai), Tai Sing Ng (Kuala Sepetang) dan Cheng Fook Chye (Keranji) turut menamakan tiga Adun yang sama dan SPR sebagai responden.
Permohonan difailkan melalui firma guaman Tetuan Chooi & Co di pejabat pendaftar yang sama. Kesemua permohonan adalah berkaitan dengan perkara yang sama sepertimana yang dipohon oleh Sivakumar.
Dalam satu sidang akhbar, Sivakumar berkata, pihaknya telah menerima dua surat peletakan jawatan pada 1 Februari daripada Mohd Osman dan Jamaluddin manakala pada 3 Februari daripada Hee.
"Ketiga-tiga surat peletakan jawatan itu telah saya kemukakan kepada SPR dengan menulis surat dengan mengatakan bahawa ketiga-tiga Adun ini telah meletak jawatan dan saya memohon kepada SPR untuk mengadakan pilihanraya dalam tempoh 60 hari tetapi malangnya saya telah menerima surat dari SPR menyatakan keputusan itu diragui yang mana saya mempunyai kuasa sebagai Speaker dan permohonan saya ditolak dan pilihanraya tidak dipanggil untuk ketiga-tiga DUN ini," katanya.
Sivakumar berkata situasi itu menunju
Publish Post
No comments:
Post a Comment