Saturday, 27 December 2008 | bulletinonline
Kuala Terengganu - Pengundi Cina Kuala Terengganu diingatkan supaya makan ‘umpan’ tetapi jangan makan ’mata kail’, berikutan agihan ’angpau’ dana khas kerajaan Persekutuan yang kini mula diagihkan oleh pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) bermula kelmarin.
BN Tidak Gentar Dengan PAS”, Tapi Beli Rakyat Dengan Pembangunan !
Kuala Terengganu - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Dato’ Ahmad Said berkata BN tidak gentar dengan sesiapa sahaja calon PAS, namun telah membelanjakan RM6.1 juta wang rakyat untuk memancing undi, semalam.
Justeru, UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus mengamalkan ‘politik kuno’ dengan melakukan beberapa perlanggaran dan penyelewengan sejak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengisytiharkan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 6 Disember lalu.
Dengan tidak mempedulikan arahan SPR yang melarang pengibaran bendera sebelum penamaan calon 6 Januari depan, UMNO/BN telah menaikkan beratus-ratus bendera di beberapa lokasi dalam kawsan pilihanraya.
Selain itu, parti tersebut terus menggunakan premis-premis kerajaan untuk agenda kempen parti dan terus mencampuradukkan antara program kerajaan dan program parti tanpa batasan.
Ahmad Said, yang menggunakan platform ”Program Mesra Rakyat Program Mesra Rakyat Bersama Komuniti Cina Kuala Terengganu” di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa Wei Sin’ dekat sini, mendakwa BN sudah bersedia dan yakin dengan kemampuan calonnya.
“BN sudah bersedia dan yakin dengan kemampuan calon kita. Itulah sebabnya kita isytiharkan nama calon lebih awal dan Umno Terengganu sendiri tak ada masalah kerana nama calon kita memang dicadangkan sendiri Umno Bahagian Kuala Terengganu," katanya.
Namun begitu keyakinan Ahmad itu adalah bergantung dengan ‘duit rakyat dari hasil cukai dan peruntukan kerajaan’, bukannya dengan program, kewangan dan kekuatan dari UMNO/BN.
Ahmad telah mengisytiharkan pembinaan Dewan Komuniti Cina Kuala Terengganu di Bukit Kecil dengan kos RM3.3 juta, dan peruntukan tambahan RM2.8 juta untuk menaik taraf kemudahan dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hwa Wei Sin, dalam usaha ‘membeli undi rakyat dengan janji pembangunan’.
Sementara itu, Buletinonline dimaklumkan Wan Farid dijemput merasmikan sambutan ulang tahun ke-27 Pergerakan Pemuda Malaysia cawangan Kuala Terengganu di sini malam kelmarin setelah memberikan sumbangan RM5000 sempena makan malam pergerakan tersebut.
Satu sumber yang hadir dalam majlis tersebut berkata, ramai yang hadir ke majlis tersebut untuk makan malam kerana telah membayar ‘duit meja’, bukan kerana memberi sambutan kepada Wan Farid.
“Sewaktu Wan Farid tiba, ramai yang tidak menyedari kehadiran Wan Farid kerana kebanyakan golongan muda yang hadir tidak kenal kepadanya,”kata sumber tersebut.
No comments:
Post a Comment