e- papers

We Have moved . . . .

Go to   >    >  >> new Site     

Search This Blog

Tuesday, December 23, 2008

Laporan rasuah Setiasaha Politik Najib masih teka-teki .

Harakahdaily | Tue | Dec 23, 08 | 9:02:36 am MYT

KUALA LUMPUR, - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan, Badrul Hisham Shaharin mendakwa bahawa laporan rasuah terhadap Setiausaha Politik Dato' Seri Najib Tun Razak yang diserahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) Ogos lalu sehingga kini masih 'senyap' tanpa sebarang penjelasan mahupun tindakan.

"Ini menunjukkan bahawa kata - kata Najib mengenai memerangi rasuah politik hanya sekadar menanam tebu di tepi bibir sahaja.

"Harapan ahli Umno untuk melihat Najib memulihkan Umno pasti akan kecewa. Najib akan menjadi pelengkap kemuncak kemusnahan Umno itu nanti," katanya dalam blog peribadinya semalam.

Dalam blonya itu juga menyatakan pada 16 Disember yang lepas, beliau dan KeADILan Rembau telah memanggil satu sidang media khas untuk menjawab ugutan BPR terhadap Setiausaha keADILan Rembau dan mendedahkan satu lagi bukti rasuah politik dalaman Umno dan antaranya melibatkan bakal Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Dalam sidang media tersebut didedahkan dokumen 27 muka surat yang mengandungi aduan lengkap berkenaan kegiatan rasuah Dato' Setiausaha Politik Najib. Beliau dilaporkan mengedarkan RM1000 kepada perwakilan untuk memastikan kemenangan beliau sebagai Ketua Bahagian Umno.

Laporan tersebut yang telah diserahkan kepada Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno dan Ketua Pengarah BPR, Putrajaya mengandungi wang tunai sogokan yang diterima pengadu dan rakaman perbualan yang jelas boleh mensabitkan kesalahan.

Semua ini telah diserahkan pertengahan Ogos namun sehingga kini masih senyap.

Dalam sidang media itu juga Badrul Hisham memberitahu hanya satu dari lebih daripada 10 dokumen berkaitan rasuah Umno yang dimiliki dan kebanyakan dokumen yang mengandungi rasuah melibatkan pemimpin Umno Negeri Sembilan akan didedahkan dalam masa yang sesuai.-azm_

No comments:

Post a Comment