Di dalam wacana politik di antara Husam dan Khairi Jamaluddin, Naib Ketua Pemuda Umno yang telah diadakan di Kelantan baru-baru ini memperjelaskan kepada kita semua siapakah yang sebenarnya tidak mahu kepada hudud.
Bukan masalah DAP, MCA atau MIC, bahkan juga bukan masalah Non-Muslim yang tidak menyokong hudud ini, masalahnya Parti Umno yang kononnya memperjuangkan Melayu dan Islam turut menolak hukum Allah ini.
Media perdana menjadikan isu hudud ini sebagai senjata untuk menyerang PAS terutamanya. Dalil yang diambil oleh UMNO bagi menghalang cita-cita PAS bagi melaksanakan hukum hudud ini adalah dipetik dari kenyataan pemimpin dari DAP.
Mengapa tidak diambil dalil untuk menolak hudud ini dari Ulama-ulama Kerajaan, Mufti-mufti atau sesiapa sahaja yang mengetahui tentang perundangan Islam ? Mengapa mesti pemimpin DAP, MCA atau MIC ?
Begitulah juga apa yang diperkatakan oleh Husam. PAS tetap mempunyai niat atau cita-cita untuk melaksanakan hudud, cuma jika Pakatan Rakyat berkuasa perlaksanaannya tidak secara serta merta. Nawaitu yang ada pada PAS itu amat terpuji berbeza dengan Umno. Kerajaan BN yang ditunjangi oleh Umno sejak berpuluh tahun, usahkan hendak melaksanakan hukum hudud bahkan Umno sedikit pun tiada cita-cita atau komitmen ke arah itu.
Benarkah PAS menggadaikan prinsip kepada DAP seperti yang dihangat diperkatakan oleh media dan pemimpin Umno ? Apa prinsip PAS yang telah digadaikan ? Bukankah PAS masih komited untuk melaksanakan hukum hudud dan sepanjang masa PAS berusaha ke arah itu ? Sepanjang PAS berdakwah dan berpolitik untuk menegakkan Islam di negara ini, musuh yang terang dan nyata menentang usaha PAS ini bukan DAP, MCA atau MIC tetapi sebaliknya Umno.[baca seterusnya]

No comments:
Post a Comment