e- papers

We Have moved . . . .

Go to   >    >  >> new Site     

Search This Blog

Thursday, December 25, 2008

Eurocopter whistleblower joins PAS & will be campaigning in KT by-election.

Muda Mohd Noor | Dec 24, 08 | Malaysiakini

Bekas ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim - yang mendedahkan isu pembelian helikopterEurocopter - secara rasmi menyertai PAS hari ini.

Beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa di satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Ampang pagi ini.

umno zahar join pas 241208 shake hand.jpgTurut hadir pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Zahar (foto) digantung jawatan ketua Umno bahagian awal bulan ini keranamengkritik pemimpinutama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dr Hasan juga berkata, Zahar akan turun ke Kuala Terengganu pada 5 Disember sehingga selepas pilihanraya kecil tersebut. [read more]

No comments:

Post a Comment