e- papers

We Have moved . . . .

Go to   >    >  >> new Site     

Search This Blog

Saturday, January 17, 2009

BN guna polis, dominasi laluan perayu undi Pas

Website PRK036

KUALA TERENGGANU, 17 JAN – Pusat pembuangan undi Unit Peti Undi (UPU) Chendering telah menjadi tumpuan Barisan Nasioal untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Tinjauan di kawasan tersebut mendapati terdapat dua laluan yang digunakan oleh pengundi untuk masuk ke kawasan mengundi yang mana laluan utama telah didominasi oleh BN.

Menurut petugas pihak pembangkang, pihak polis tidak membenarkan mereka mendirikan ‘pondok panas’ di laluan utama tersebut. Ini menyebabkan PAS terpaksa mendirikannya di laluan kedua yang kurang dilalui pengundi.

Perayu undi juga tidak dapat meraih undi di kawasan laluan utama kerana kawalan polis dan FRU yang ketat.

Manakala, Pesuruhjaya Pas Dato' Mustaffa Ali bersama isteri membuang undi di SMK Sultan Sulaiman 10.30 pagi tadi. Namun lawatan sebentar beliau di UPU Chendering turut dikawal ketat oleh pihak polis.

Suasana kempen menjadi agak riuh rendah apabila kedua pihak masing-masing berlawan melobi parti dan calon mereka. Walau bagaimanapun, keadaan masih lagi dalam keadaan stabil dan terkawal dengan kehadiran polis dan FRU Barisan Nasional. Tahniah polis dan FRU yang sentiasa ‘patuh’ pada arahan BN.

No comments:

Post a Comment