Abdul Aziz Mustafa | Fri | Jan 16, 09 | Harakahdaily
Perkara itu menjadi persoalan apabila semakin banyak ugutan demi ugutan dilaporkan.
"Najib kata at all cost (apa juga harganya) Barisan Nasional (BN) mesti menang, jadi saya nak tengok apa maksud perkataan itu. Insy Allah, kita (PAS) sedang mengikuti (dan) memantau," Buletin Online memetik Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustapha Ali berkata.
Semalam, The Nut Graph melaporkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said mengingatkan para pengundi supaya memastikan mereka mengundi BN.
Jika tidak, katanya, kerajaan negeri akan membawa dana untuk tempat mereka "ke Kemaman".
Jika BN kalah di pusat pengundian Pulau Kambing, Bandaran, Kampung Cina ... saya akan tahu awak menolak kami," katanya. Hari ini, Buletin Online melaporkan, pemimpin Umno dan BN yang semakin terdesak bertindak mengugut pegawai dan kakitangan kerajaan di peringkat bawahan. Mustapha mendedahkan, di samping menjamu makan kepada pegawai dan kakitangan tersebut, "mereka bagi tahu undi tidak sulit, kita tahu apa yang kamu undi". Beliau menyifatkan tindakan pemimpin BN itu bertentangan prinsip demokrasi dan bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh SPR. Katanya beliau akan meminta pihak SPR untuk membuat kenyataan terbuka bahawa undi adalah sulit, bukan sebagaimana yang dikatakan pemimpin Umno. Akibat ugutan-ugutan tersebut, kebanyakan pengundi hanya berani menyatakan sokongan dengan membuat panggilan telefon atau menghantar SMS khususnya kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut. "Saya tau rakyat takut tapi senyap-senyap dia telefon saya, senyap-senyap hantar sms (kepada) saya, hantar mesej, saya terima surat-surat pun ada, macam mana dia orang (mereka ) kena tekan, pegawai-pegawai, ketua jabatan pun semua tekan dia, mana boleh!?" "Saya harap semua rakyat matang berpolitik, macam mana dia (pegawai dan jentera BN) tekan pun, jangan ikut tekanan kerana itu bukan cara dia (sebenarnya). Jadi, pilih (undi) dengan baiklah," katanya lagi. Dalam perkembangan berkaitan, Mustapha terus mempersoalkan operasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). "Semalam (14 Januari) saya bagi tahu bahawa JPN operasinya sampai waktu malam, yang ada akses hanya SPR, apa dia nak buat? "Dia (SPR) ada jawab sikit tetapi tidak menjawab sepenuhnya," katanya. _
No comments:
Post a Comment