e- papers

We Have moved . . . .

Go to   >    >  >> new Site     

Search This Blog

Saturday, January 17, 2009

Utusan Malaysia sokong calon PAS di Kuala Terengganu?

Laman PKR PAS


KUALA TERENGGANU, 16 Jan - “Beruntung rakyat di Dun Batu Buruk ya?” ujar seorang rakan penulis. Apabila ditanya, rakan tersebut memaklumkan penulis berkenaan pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri yang mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk tabung kebajikan nelayan pada majlis perhimpunan bersama nelayan di Chendering, dekat sini, pagi ini.

Baki kempen kurang dari 9 jam lagi 'aura' serta 'mood' para pengundi kali ini lebih memihak kepada calon PAS yang diwakili oleh Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut bagi menentang calon BN, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh selaku Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu.

"Semalam Menteri Besar pula mengumumkan pembinaan tiga buah masjid baru di Dun Batu Buruk. Macam-macam pula dapat waktu pilihanraya kecil ni kan?" ulasnya sambil merujuk ucapan MB ketika majlis pecah tanah pembinaan sebuah masjid di Kampung Kubang Ikan, dekat sini.

Masjid berharga RM4.5 juta itu telah mulai dibina bermula pada tarikh majlis berlangsung, iaitu dua hari sebelum hari membuang undi. Dalam majlis yang sama, turut diumumkan pembinaan dua buah masjid lagi di Permint Jaya dan Kampung Gong Tok Nasek yang juga terletak di DUN Batu Buruk.

Persoalan yang berlegar di fikiran penulis ini ialah, apakah keistimewaan yang terletak pada rakyat DUN Batu Buruk sehingga diberikan perhatian sebegitu rupa? Bagaimana agaknya dengan kawasan-kawasan lain di seluruh negeri Terengganu?

Adakah 'hadiah pilihanraya' itu untuk meracuni fikiran rakyat di Kuala Terengganu supaya memastikan Pas tidak lagi menguasai kawasan Dun tersebut khususnya?

Adakah mereka perlu menunggu sebuah lagi pilihanraya di tempat mereka supaya pembangunan dan dana disalurkan kepada mereka?

Kalau benar fakta BN menawarkan khidmat secara ikhlas, kenapa waktu pilihanraya kecil ini baru dilaksanakan, padahal pimpinan mereka sendiri berkata perancangan telah lama dicadangkan?

Pelbagai janji dan hadiah boleh ditabur sepanjang pilihanraya. Namun begitu, selepas berlalu pilihanraya, semua pemimpin akan pulang. Sama ada janji yang ditabur dilunaskan atau sebaliknya hanya pengundi yang tinggal akan mengetahuinya.

Oleh itu, rakyat Kuala Terengganu perlu bijak membuat keputusan kerana pilihan raya bukanlah medan ujian apatah lagi untuk menghukum sesiapa yang hanya berasaskan persepsi.

No comments:

Post a Comment