e- papers

We Have moved . . . .

Go to   >    >  >> new Site     

Search This Blog

Saturday, January 17, 2009

Keputusan dijangka 10.30 malam nanti.

Harakahdaily | Sat | Jan 17, 09 | 10:01:19 am MYT |

KUALA TERENGGANU, 17 Jan (Hrkh) - Keputusan pilihan raya kecil kerusi Kuala Terengganu dijangka pukul 10.30 malam dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan 90 peratus pengundi keluar mengundi hari ini.

"Insya-Allah kemungkinan (akan diketahui) lebih awal dari itu," kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof pada sidang media di Pusat Media semalam.

Abdul Aziz berkata, pihaknya mahu pilihan raya kecil ini mencatatkan rekod dengan peratusan keluar mengundi melebih 90 peratus.

"Kita dapat catat rekod proses penamaan calon berjalan lancar walaupun dimaklumkan disertai penyokong 40,000 orang... malah tiada kejadian tidak diingini sepanjang (tempoh) berkempen.

"Oleh itu, kita berharap satu lagi rekod akan dibuat dengan jumlah yang ramai akan keluar mengundi," kata beliau.

Mengenai keadaan cuaca, beliau berkata, maklumat diterima menunjukkan persekitaran mendung tetapi menasihatkan orang ramai keluar mengundi lebih awal.

No comments:

Post a Comment