KUALA TERENGGANU, 17 Jan - Tepat jam 5 petang tadi kesemua 36 pusat mengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu telah ditutup secara rasminya.
Menurut jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), setakat pukul 4 petang tadi, sebanyak 76 peratus daripada 80,229 pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab mereka.
"Jumlah keseluruhan yang keluar mengundi selepas pusat-pusat mengundi ini ditutup pada pukul 5 petang sedang dikira," katanya di sini, tadi.Kesemua kertas undi akan dikira di 143 saluran sebelum dibawa ke pusat penjumlahan undi di Stadium Negeri di sini.
Keputusan pilihan raya kecil ini dijangka dapat diketahui paling awal pada pukul 10.30 malam ini. Ternyata sesuatu yang cukup merimaskan kira-kira 26 juta rakyat negara ini menunggu dengan penuh debar.
Pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas, 82.45 peratus atau 66,231 daripada 80,325 pemilih keluar mengundi.

No comments:
Post a Comment