e- papers

We Have moved . . . .

Go to   >    >  >> new Site     

Search This Blog

Saturday, January 17, 2009

Kehadiran FRU, timbul penyusupan masuk 'pengundi hantu'

2.00 ptg
Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel) 42 peratus pemilih yang telah mengundi.

Website PRK036

Gambar kumpulan 'petugas' yang mencurigakan
KUALA TERENGGANU, 17 Jan - Pengundi mula meneruskan pembuangan undi selepas waktu makan tengahari. Bagaimanapun, jumlah mereka kelihatan kurang daripada pagi tadi dan jalan-jalan juga dilihat agak lengang.

Dari lintas langsung Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) tadi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang meramalkan 90 peratus pemilih akan keluar mengundi menjelang waktu penutupan pusat pembuangan undi pada lima lima petang ini semakin menggusarkan Barisan Nasional (BN).

Manakala Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel) menyifatkan jumlah 42 peratus pemilih yang telah mengundi sehingga tengahari tadi sebagai perkara biasa.

Dimaklumkan wartawan bertugas, kehadiran 7 buah trak FRU di Dun Ladang menimbulkan kebimbangan kepada petugas-petugas PAS dan Pakatan Rakyat. Kehadiran lebih ramai anggota polis simpanan persekutuan (FRU) di beberapa pusat pengundian yang disifat agak panas itu dicurigai memberi laluan kepada kemungkinan pengundi hantu masuk.

Gambar kumpulan yang masuk dalam Sekolah Sultan Sulaiman II pada jam 11pagi,
membawa bersama senarai nama yang mencurigakan
"Oleh itu dibimbangi kehadiran FRU boleh memberi ruang kepada kegiatan tidak sihat berlaku, bukan lagi menjadi keselamatan tempat pembuangan undi," kata seorang petugas Pas.


Ini kerana Umno mahu peratusan keluar mengundi lebih 85 peratus bagi mempertahankan kerusi tersebut. Jika tidak sampai jumlah itu peluang Umno menjadi semakin sukar.

Dan menurut kenyataan Timbalan Pengerusi PKR Terengganu, Razali Alias berkata sehingga jam 12.15 tadi, hampir separuh pemilih di Dun Ladang telah keluar mengundi. Katanya, keadaan legang di kebanyakan kawasan kerana jumlah pengundi tidak ramai semakin mencurigai petugas-petugas parti.

No comments:

Post a Comment