Intan Abdullah | Sat | Jan 17, 09 | Harakahdaily
KUALA TERENGGANU, 17 Jan - Mungkinkah kehadiran begitu ramai anggota polis membolehkan pilihan raya berjalan lancar. Namun lain pula jadinya bagi pengundi yang pulang dari Kuala Lumpur atau tempat-tempat lain.
KUALA TERENGGANU, 17 Jan - Mungkinkah kehadiran begitu ramai anggota polis membolehkan pilihan raya berjalan lancar. Namun lain pula jadinya bagi pengundi yang pulang dari Kuala Lumpur atau tempat-tempat lain.
Sekatan jalan raya sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu menyebabkan perjalanan menjadi perlahan. Terdapat lebih 10 sekatan jalan raya.
Malah di setiap sekatan jalan raya, kenderaan disekat dan ditanya hendak ke mana dan tujuan apa.
Manakala setiap penumpang bas pula diperiksa kad pengenalan mereka menyebabkan bas yang sepatutnya sampai di Kuala Terengganu jam 5 pagi terlewat sehingga jam 7 pagi.
Ramai penumpang bas merungut kerana halangan yang terpaksa ditumpuhi sepanjang perjalanan begitu banyak. Malah perkara yang sama berlaku di setiap sekatan.
Sementara itu, penyokong Pakatan Rakyat dari negeri-negeri lain semakin ramai tiba di sini malam tadi. Malah kehadiran petugas dari luar mengatasi jumlah petugas Umno dan Barisan Nasional (BN).
Sepanjang kempen ini jarang benar kelihatan jentera parti kompenan lain BN termasuk MCA, Gerakan, MIC dan PPP datang membantu kempen Umno.
Ramai berhujah Umno kelihatan keseorangan dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu.
No comments:
Post a Comment