e- papers

We Have moved . . . .

Go to   >    >  >> new Site     

Search This Blog

Wednesday, January 21, 2009

NIEI dakwa PRK Kuala Terengganu penuh rasuah dan salahguna jentera kerajaan

KUALA LUMPUR - Irwan M Zain dan Wan Nordin | Tue | Jan 20, 09 | Harakahdaily

Terlalu banyak rasuah dan penyalahgunaan jentera kerajaan berlaku dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu yang berakhir pada 17 Januari lalu, kata Pengerusi Institut Nasional Untuk Ketelusan Pilihan raya (NIEI), Yunus Ali.

Kesalahan itu dikesan NIEI dalam pemantauan badan bebas itu sejak bermulanya kempen PRK Kuala Terengganu pada 6 Januari hingga 17 Januari, katanya.

Ketika mengadakan sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor semalam, Yunus berkata, pihaknya akan menyerahkan laporan lengkap berhubung rasuah dan penyelewengan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.

Turut hadir ialah, anggota NIEI Amin Iskandar dan Shaharudin Adnan.

Laporan itu juga akan diserahkan kepada kedutaan-kedutaan asing di Malaysia dan semua NGO, katanya.

Paling mendapat perhatian NIEI ialah amalan rasuah dan janji-janji kepada pengundi yang dibuat Barisan Nasional (BN) yang dilihat berleluasa berlaku dalam pilihan raya kecil tersebut, melibatkan jumlah sebanyak RM 1 billion.

NIEI mempersoalkan pembiayaan kehadiran menteri-menteri kabinet, menteri besar dan ketua menteri daripada BN dan Pakatan Rakyat serta barisan exco mereka sepanjang kempen pilihan raya kecil tersebut.

Yunus juga mendakwa, wang ehsan RM300 bagi orang dewasa dan RM250 untuk muda-mudi, diumumkan akan diagih untuk warga Terengganu.

Manakala pengundi Cina pula, dakwanya, diedarkan angpau sebanyak RM300 sempena perayaan Tahun Baru Cina manakala penarik beca di Kuala Terengganu pula dijanjikan wang ehsan RM10,000 seorang.

NIEI turut melihat kehadiran begitu ramai anggota polis dikerahkan bertugas sepanjang pilihan raya kecil di Kuala Terengganu membuat orang ramai terasa tidak selesa dan berpersepsi seolah-oleh dalam keadaan darurat, katanya.

Antara dakwaan yang dibuat NIEI berhubung rasuah dan penggunaan jentera pilihan raya ialah :

Penubuhan dan pemberian RM 1 juta untuk Tabung Kecemasan Nelayan.

Peruntukan RM150,000 untuk skim pembangunan nelayan Kuala Terengganu.

Pemberian secara lambak tanpa tender 583 projek Kelas F yang bernilai RM15.8 juta.

Upacara mengasaskan projek pembinaan unit kardiologi yang bernilai RM10 juta.

Upacara perasmian projek pembinaan masjid di Kubang lkan (Kuala Terengganu) pada 15 Januari 2009.

Upacara pecah tanah pembinaan 1,200 unit Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Perasmian peruntukan RM100 juta untuk membina 1,000 unit rumah kos rendah di Kuala Terengganu.

Pemberian RM6.1 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Wei Sin.

Pemberian sebanyak RM2.5 juta untuk masyarakat Cina Kuala Terengganu.

Pengumuman geran RM 50 juta untuk sekolah-sekolah Cina.

Pemberian pilot E-book (komputer) kepada 100 orang di Kuala Terengganu. Janji pemberian 23,000 buah E-book (komputer), berharga RM 1,300 sebuah, kepada kanak-kanak sekolah.

Seramai 206 orang penenun songket menerima satu set seorang Mesin Tenunan Tradisional yang berharga RM 695 seunit.

Pemberian RM408.6 juta kepada kerajaan Negeri Terengganu sebagai royalti minyak.

Mengisytiharkan projek untuk meluaskan ruang keluar-masuk pelabuhan perikanan di Pelabuhan Cendering.

Di peringkat kerajaan tempatan, Datuk Bandar Kuala Terengganu merangkap Pegawai Kanan Pilihanraya, Mat Razali Kassim didakwa berkempen dan mendesak kakitangan di bawahnya untuk mengundi BN. (Beliau telah meletakkan jawatan pegawai pilihan raya sehari sebelum pilihan raya kecil).

Penggunaan pejabat menteri besar dan jentera sebuah jabatan kerajaan dalam upacara perasmian pecah tanah pembinaan masjid.

Ketika dalam ceramah di Perumahan Pusu Tiga, Gong Badak, Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said didakwa mengarahkan Jabatan Saliran dan Perparitan untuk mengkaji masalah banjir di kawasan itu.

Setiausaha kerajaan negeri dan pengarah kewangan negeri didakwa melibatkan diri dalam program taklimat BN yang disasarkan kepada imam dan bilal masjid, ketua kampung dan pegawai perkhidmatan awam, termasuk pegawai kerajaan luar kawasan yang mengundi di P036 (Parlimen Kuala Terengganu).

Perasmian nama lnstitut Pendidikan Guru Malaysia kepada kampus Datuk Razali Ismail dan sebuah sekolah menengah kebangsaan kepada Sekolkah Menengah Kebangsaan Datuk Razali Ismail.

Yunus juga mendakwa, kementerian persekutuan turut terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pertanian, Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Penerangan dan Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti

Yunus juga mendakwa BN telah berkempen dengan menguar-uarkan khidmat dan perbelanjaan kerajaan yang telah dilaksanakan, seolah-olah dibiayai oleh mereka, antaranya:

Peruntukan RM 500,000 di bulan Disember 2008 untuk mangsa banjir.

RM200,000 telah dibelanjakan untuk membeli makanan dan keperluan lain untuk mangsa banjir.

Pendaratan pesawat MAS penerbangan pulang haji terus ke Kuala Terengganu.

Yunus juga mendakwa berlaku amalan rasuah dalam bentuk pengedaran dan pemberian percuma akhbar-akhbar tempatan oleh BN.

Pelbagai konsert, dakwanya, dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, termasuk persembahan penyanyi popular dari Terengganu.

PAS juga, dakwanya, turut melanggar etika amalan pilihanraya yang baik, termasuk pemberian percuma kerusi roda di Bukit Tepu, khidmat percuma gunting rambut dan rundingan kesihatan pakar homeopati.

Di samping, kata Yunus, NIEI menganggarkan kira-kira 10,000 anggota polis dikerahkan bertugas di Kuala Terengganu sepanjang kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

"Nisbahnya satu orang untuk lapan orang pengundi. Kehadiran terlalu ramai memberikan suasana sebagai keadaan perang.

"Jika tujuannya untuk menjaga keselamatan, tetapi kesan adalah di sebaliknya, orang ramai terasa tidak selesa dan berpersepsi seolah keadaan dalam darurat.

"Ini bertentangan dengan suasana pilihan raya yang baik, iaitu bebas dan tenteram," kata Yunus dalam kenyataan tersebut.

No comments:

Post a Comment