e- papers

We Have moved . . . .

Go to   >    >  >> new Site     

Search This Blog

Tuesday, January 27, 2009

Federalism, Lompat, Perak, Pakatan, BN.

Tindakan Zahid terus dikecam pemimpin Pakatan Rakyat. Wakil Rakyat BN Perak nyatakan taatsetia kepada Najib (?), tapi di dalam gambar tak semua yang hadir. MB Perak nafikan ADUN Bota ditawarkan jawatan untuk serta Pakatan Rakyat. Dr Juanda Jaya dilantik Mufti Perlis gantikan Dr. Maza. Polis buat kenyataan lagi akan ambil tindakan kepada peserta perarakan esok.




Siapa lagi akan meloncat ? Tajol Tidak Tahu Siapa Pembangkang Di Perak…

Mesyuarat khas Badan Perhubungan UMNO Perak yang di adakan ekoran tindakan Nasaruddin meninggalkan BN dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Ipoh malam tadi dilaporkan media dihadiri seramai 20 daripada 28 orang wakil rakyat BN. Antara alasan mereka yang tidak dapat hadir mesyuarat berkenaan ialah sedang berada di luar negara.

Media juga melaporkan kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di mana terdapat beberapa lagi pemimpin daripada BN akan melompat parti.

Bila ditanya oleh media Tajol dengan spontan menjawab,''Itulah kerja pembangkang, bila kita uar-uarkan ada orang dia nak masuk BN dia tuduh kita beli, tetapi bila dia sendiri buat tidak mengapa pula,"

Terdapat beberapa percanggahan dan kekeliruan dari apa yang dilaporkan media di atas. Pengunaan kalimat "pembangkang" yang ditujukan kepada Pakatan Rakyat di Perak adalah memalukan. Ia menunjukkan dan mengesahkan bahawa Tajol masih belum bangun dari tidurnya yang lena. Sedarlah kamulah yang duduk dikerusi pembangkang dan kamulah ketuanya dan kami adalah kerajaan yang diamanahkan secara sah oleh rakyat Negeri Perak dalam proses Demokrasi yang mesti diakui semua pihak.

Kenapakah angka yang dihitung masih lagi 28 sedangkan sepatutnya bilangan yang sepatutnya hadir ialah 27 orang(26 UMNO dan 1 MCA). Tidakkah mesyuarat diadakan khusus membincangkan tentang seorang ADUN UMNO telah keluar dari Partinya.

Selain itu menjadi persoalan besar hanya 20 orang sahaja yang hadir sedangkan menurut pengetahuan saya kebanyakan ADUN memang berada di kawasan masing-masing dan yang pastinya berada di dalam negara bukannya di luar negera.

Alasan dan laporan mereka berada di luar negera adalah mengelirukan dan alasan yang saya ingin sifatkan sengaja diada-adakan bagi melindungi alasan sebenar bahawa mereka yang tidak hadir memang sudah tidak sayangkan lagi UMNO dan sekaligus merasakan tidak penting untuk mengajak kembali Dato' Nasharuddin ke pangkuan parti.

Desas-dasus mengenai ada lagi beberapa orang lagi ADUN UMNO akan meninggalkan partinya sedang bertiup kencang di Negeri Perak. Malah saya menerima talipon bertanyakan siapakah mereka yang dimaksudkan dan ke parti mana pula mereka akan masuk PAS atau PKR ?

Kalau alasan kekalahan dalam pertandingan dalam perebutan Ketua Bahagian UMNO banyak melihat kepada ADUN Lintang, Dato' Fakih Adam yang kalah kepada pencabarnya.Beliau yang saya anggap sebagai bapa kepada UMNO Perak dan seorang vateren yang saya cukup saya hormati. Ucapannya dalam sidang yang lepas adalah teguran yang membina dan dengan suatu semangat setia kawan yang tinggi. Selamat datang saya ucapkan kepada Dato' Fakih adam ke Pakatan Rakyat.

Selain itu saya mengagak sudah sampai masanya ADUN Batu Kurau yang sudah tidak boleh berfungsi dengan keilmuan Islamnya kalau terus berada dalam UMNO. Bayangkan dalam Sidang DUN yang lalu Dato' Najmuddin Alias semacam menyebelahi kami dengan banyak berdiam diri. Oleh itu saya menjemput Dato' untuk berjuang bersama kami Parti Islam Semalaysia.

Saya anggap Dato' sebagai kawan dan regu yang saya alu-alukan untuk menguatkan Kerajaan Negeri Perak pakatan Rakyat.

Selain itu saya menganggap masih ada ADUN UMNO yang menyimpan suatu keputusan yang Tajol pun tidak dapat mengagak dan menciumnya. Siapapun saya ucapkan SELAMAT DATANG KE PAKATAN RAKYAT.


No comments:

Post a Comment