M Faqih | Sat | Jan 17, 09 | 1:39:03 pm MYT | harakahdaily
KUALA TERENGGANU, 17 Jan (Hrkh) - Kekalutan sepanjang 11 hari bakal berakhir petang ini. Semua petugas parti yang berkampung di sini, akan melurut dada tanda lega. Pemenangnya bakal diketahui malam ini.
Biar apa pun kira-kira 26 juta rakyat negara ini menunggu dengan penuh debar.
Menjelang jam 9 atau 10 malam bagi mendapatkan keputusan secara rasmi, sesuatu yang cukup merimaskan.
Namun begitu menjelang jam 5 petang situasi sebenar sudah dapat dijangka. Petugas parti yang berada di tempat pengundian sudah dapat merumuskan keadaan sebenarnya.
Situasi berkenaan sudah dapat dirasakan. Seorang pesara guru berkata, beliau begitu menarik melihat pengundi yang membuang undi di sebuah sekolah SRJK (C) Chung Hwa Weisin bagi Unit Peti Undi Pulau Kambing lebih cenderong tidak mengundi BN.
Antara bukti awal yang disimpulnya, kehadiran di bangsal panas BN tidak ramai.
"Malah saya kenal sangat pengundi di UPU Pulau Kambing. Cuma yang menjadi lebih menarik mengapa begitu ramai pengundi Cina dari Wakaf Tapai yang dibawa mengundi di sini," ujarnya ketika ditemui di sini.
UPU tersebut mempunyai lebih 3000 pengundi dan menjadi kubu kepada Umno sebelum ini.
Bekas guru itu berkata, sebenarnya tidak ramai penduduk Cina yang tinggal di kawasan di flet dan pangsapuri Bandar Baru Pulau Kambing.
Sedangkan kedudukan Wakaf Tapai terletak kira-kira 30 Km dari bandaraya Kuala Terengganu.
Seorang lagi penduduk tempatan mendakwa pengundi Cina itu ada yang berasal dari Perak dan Selangor dan bukannya penduduk tempatan.
"Bagaimana mereka boleh mengundi di sini kalau tidak ada sindiket yang bertanggungjawab membawa ke sini dengan menggunakan alamat Pulau Kambing.
"Tak kan begitu ramai pengundi Cina mudah dipindahkan ke sini dengan jumlah begitu ramai menggunakan alamat yang hampir sama. Biar pun begitu mereka agak matang berpolitik," katanya.
Sementara itu, sehingga jam 12 pagi, kira-kira 42 peratus pengundi keluar mengundi mengikut laporan SPR. Berdasarkan perkembangan itu kemungkinan besar peluang tidak berpihak kepada Umno.
Ini kerana BN mengharapkan lebih 85 peratus keluar mengundi bagi membolehkan kawasan itu terus dipertahankan.
SPR juga dilapor menjangkakan 90 peratus daripada 80,229 pengundi berdaftar akan menunaikan tanggungjawab mereka.
Manakala bilangan pengundi pos iaitu seramai 1,302 undi yang terdiri daripada anggota polis dan tentera sudah melaksanakan tanggungjawab mereka beberapa hari lalu.

No comments:
Post a Comment