Intan Abdullah | Sat | Jan 17, 09 | 3:47:58 pm MYT | harakahdaily
KUALA TERENGGANU, 17 Jan (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa meminta petugas bahagian keselamatan PAS mengadakan kawalan lebih ketat di pusat-pusat pengundian ekoran kehadiran anggota polis simpanan persekutuan (FRU) yang agak luar biasa petang ini.
Selain itu beliau berkata skuad khas di kalangan Umno dipercayai mendalangi kewujudan kad-kad pengenalan palsu yang beredar di kawasan pilihan raya sekarang.
"Kita percaya wujudnya kad-kad pengenalan palsu ada kaitan dengan skuad tersebut yang kini bermatian mahu memastikan Umno terus mempertahankan kerusi Kuala Terengganu," katanya ketika ditemui di sini.
Kehadiran anggota FRU begitu luar biasa, dianggap tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya kecil, seolah-olah menggambarkan ada sesuatu yang cuba disembunyikan.
Pasukan itu dikatakan mulai datang ke tempat-tempat pengundian selepas Zohor kemungkinan setelah menyedari peratusan keluar mengundi tidak sebagaimana dijangka.
Dan difahamkan juga dua kereta perisai ditemui wartawan Harakah Khairul Azlam Mohamad yang sedang menghala ke arah pusat bandar.
Ustaz Nasharuddin juga berkata, kehadiran begitu ramai FRU menyebabkan pengundi yang sudah lama fobia dengan pasukan polis sebelum ini kemungkinan besar tidak keluar mengundi.
"Bagi sesetengah penduduk mereka begitu sensitif dengan polis ekoran ada beberapa kes yang berlaku sebelum ini. Oleh itu kami mempersoalkan mengapa begitu ramai FRU dikerah ke tempat pengundian.
"Oleh itu dalam masa terakhir ini ini sehingga jam 5 petang merupakan saat-saat cukup penting yang perlu diberi perhatian serius oleh petugas bahagian keselamatan PAS," katanya.
Orang ramai juga menghubungi Harakahdaily memberitahu markaz taktikal polis di banyak tempat menjadi lenggang tidak sebagaimana sebelum ini.
Manakala helikopter polis terbang rendah sejak malam tadi lagi seolah-olah menggambarkan Kuala Terengganu seperti kawasan perang.

No comments:
Post a Comment