e- papers

We Have moved . . . .

Go to   >    >  >> new Site     

Search This Blog

Sunday, January 18, 2009

Presiden Ucap Terima Kasih, Saran Abdullah Jangan Berundur

Sunday, 18 January 2009 16:33


http://buletinonline.net/images/stories/berita/sidangmediapresiden.JPGKuala Terengganu - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada kesemua jentera pilihanraya sama ada DUN Pembantu, negeri dan semua penyokong serta pendokong yang menyumbang kepada kemenangan calon PAS dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.

Bercakap dalam sidang media selepas pengisytiharan kemenangan PAS, beliau menyarankan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi agar tidak meneruskan rancangan bersara pada bulan Mac akan datang.

"Kita berharap beliau akan meneruskan khidmat beliau sebagai PM dan tidak menyerahkan kedudukan tersebut kepada timbalannya, Dato’ Seri Najib Razak," katanya di Stadium Negeri disini semalam.

Menurutnya Abdullah telah menunjukkan sikap yang terbuka dengan mengambil beberapa tindakan melaksanakan perubahan yang dijanjikan dalam pilihan raya umum lalu.

"sikap terbuka kerajaan pusat khasnya (kepada) pembangkang dan kewujudan kerjasama dalam Pakatan Rakyat merupakan satu perubahan besar," katanya

Ketika ditanya wartawan, beliau menafikan berlaku keretakan dalaman dalam Pakatan Rakyat bahkan katanya kerjasama parti-parti dalam Pakaran Rakyat telah dibuktikan dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Beliau menyifatkan tuduhan tersebut hanyalah satu tohmahan oleh mereka yang tidak senang dan benci kepadan Pakatan Rakyat.

Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Hadi masih tidak berpuas hati dengan peranan undi pos kerana ia melibatkan campurtangan SPR dalam urusan tersebut.



No comments:

Post a Comment