KUALA TERENGGANU, 15 Jan - Momokan yang dijaja oleh BN yang menyatakan sebuah ibu negeri khususnya Kuala Terengganu perlu diwakili oleh parti yang sealiran dengan kerajaan pusat ternyata tidak benar. Pengundi Kuala Terengganu seharusnya sedar dan membuka mata sepertimana perubahan yang telah dilakukan pengundi di ibu negeri lain di Malaysia.
Ternyata hakikat yang harus ditelan oleh BN adalah kebanyakan, malahan hampir semua kawasan parlimen yang terletak dalam ibu negeri dan bandaraya diwakili oleh pembangkang. Kuantan, Indera Mahkota, Kuching, Kota Kinabalu, Kota Melaka, Seremban dan 10 daripada 11 kerusi di parlimen Kuala Lumpur diwakili oleh pembangkang. Kecuali Johor Bharu yang diwakili oleh Dato' Shahrir Samad dari BN.
Walaupun BN menang di Johor atas kubunya mereka yang nyata terletak kuat di sana, namun peningkatan kemenangan pembangkang dalam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) membuktikan BN dan Umno semakin goyah dan rakyat semakin hilang kepercayaan dalam memberikan mandat kepada mereka menerajui kerajaan negeri.
Pembangkang lebih banyak menguasai Ibu Negeri
Hari ini 5 negeri dapat ditadbir oleh Pas dan Pakatan Rakyat di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Pilihanraya umum yang lepas menyaksikan BN tumbang di kelima-lima negeri ini dan sekaligus menafikan 2/3 majoriti suara mereka di Parlimen, fenomena 'tsunawi' yang tak terjangka mereka membuatkan pemimpin mereka terduduk memikirkannya.
Hakikat ini tidak dapat disangkal sama sekali BN dan parti-parti komponennya, kerana majoriti pengundi di bandar-bandar besar memilih Pembangkang menguasai kerusi parlimen.
Di Bandaraya Shah Alam misalnya, majoriti 9314 memilih YB Khalid Samad. Di Kepong, YB Dr Tan Seng Giaw memperoleh 35, 552 majoriti dan di Klang, YB Charles Anthony Santiago mendapat 17701 undi majoriti.
Namun begitu, pengundi di kawasan pedalaman lebih berpihak kepada BN kerana mengharapkan janji pembangunan yang ditabur mereka. Di Kelantan contohnya, rakyat di kawasan pedalaman seperti Jeli dan Gua Musang memilih parti pemerintah untuk mewakili mereka kerana mengharapkan masa depan yang lebih baik daripada kerajaan pusat.
Namun setelah setiap penggal rakyat di sini memilih BN, hanya sedikit sahaja perubahan yang dibawa. Janji-janji manis mereka ternyata hanya sewaktu pilihanraya sahaja.
Oleh itu, pengundi di Kuala Terengganu tidak seharusnya termakan dengan momokan pemimpin BN yang sudah seperti ayam berak kapur. Menabur janji di sana-sini untuk pembangunan sedangkan seharusnya sebuah ibu negeri perlu dibangunkan dengan sewajarnya kerana ia adalah pusat pentadbiran.
Kuala Terengganu juga boleh dikatakan bandaraya walaupun dari segi pembangunan dan taraf kehidupan rakyatnya tidak seperti gambaran sebuah bandaraya sebenar. Pengundi di ibu negeri lain telah membuat perubahan dan memilih pembangkang. Maka, ayuhlah rakyat Kuala Terengganu, bersama lakukan perubahan. Undilah calon PAS.
No comments:
Post a Comment